Tuesday 24 April 2012

IBU BAPA TANGGUJAWAB SIAPA???





Bismilah... dengan izinnya dapat la penulis bersua pena dengan sahabat2 sekalian... niat di hati ingin sentiasa berkongsi dengan sahabat2 sekalian... tetapi disebabkan beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan, penulis terpaksa meninggalkan nye sepi... pada kali ini, suka untuk penulis sebutkan tentang  IBU BAPA TANGGUJAWAB SIAPA??? LELAKI ATAU WANITA???







mungkin ada dikalangan sahabat2 penulis pernah mendengar tajuk ini bukan??? tajuk ini diambil daripada perbincangan liga antara ustazah pilihan dan imam muda... pada pendapat penulis sendiri, tanggujawab untuk menjaga ibu bapa lebih tertanggung pada bahu atau lebih sesuai kita kata kan lebih terbeban pada bahu LELAKI... bukan niat penulis untuk mengatakan bahawa menjaga ibu bapa itu adalah suatu kerja yang terbeban... tetapi kerja itu merupakan kerja yang amat2 susah dilakukan... kerana apa, penulis katakan sedemikian??? kerana seperti yang kita sedia maklum... "seorang ibu boleh menjaga sepuluh anak, tetapi berjaya kah sepuluh anak menjaga seorang ibu???" 

 

sayu hati penulis apabila melihat surat khabar memaparkan tentang ibu bapa yang ditinggalkan anak... ibu bapa yang diperlakukan seperti binatang oleh anak mereka sendiri... dimanaka letak nya nilai kemanusiaan kita semue??? jadi siapa kah yang harus dipersalahkan tentang hal ini???



kita semua tidak perlu menuding jari ke arah sesiapa... lelaki dan wanita tanggujawab terhadap ibu bapa mereka tidak perlu diabaikan... tetapi suka untuk penulis tekankan di sini bahawa tanggujawab itu lebih diberatkan kepada seorang lelaki... lelaki merupakan pemimpin... maka, seorang pemimpin hendaklah bertanggujawab dengan setiap orang yang dipimpinnya... lelaki juga sebenarnya seorang yang lebih cekal berbanding wanita... oleh sebab itu lah, suka untuk penulis menyatakan bahawa seorang lelaki lebih diberatkan untuk menjaga hati ibu bapa mereka berbanding isteri mereka... 



dan apa yang perlu kita semue lakukan, tidak kira lelaki atau wanita... apa yang perlu kita lakukan adalah jaga lah kedua ibu bapa kita terutamanya yang masih hidup... kepada mereka yang telah kehilangan ibu bapa, sentiasa lah mendoakan untuk mereka dan sentiasa membacakan al-fatihah untuk mereka... hakikatnya sahabat2 ku sekalian,hati mereka sangat sensitif... dan tersangat2 la sensitif.... apabila usia mereka semakin lanjut... maka, kita hendaklah menjaga mereka dan sentiasa mengutamakan mereka serta menjaga pertuturan kita semasa berkomunikasi dengan mereka...






akhir kata dari penulis... jangan la kita menjadi seperti SI TANGGANG yang menjadi anak derhaka.. sayangi lah ibu bapa sahabat2 sekalian sebelum mereka meninggalkan kita semue untuk selama-lamanya... dan bersyukur dan hargai la kedua ibu bapa kita kerana tanpa mereka.... tiada la kita di bumi ini.... last but not least, ingin penulis simpulkan disini bahawa setiap insan mempunyai tanggujawab terhadap kedua ibu bapa mereka... tetapi ia lebih diberatkan kepada lelaki kerana mereka tidak akan mempunyai sekatan kebebasan walaupun sudah mendirikan rumah tangga... walhal, seorang wanita mempunyai 'sekatan' untuk mengutamakan kedua ibu bapa kerana wanita haruslah mendahulukan suaminya apabila berumah tangga kelak...so, laksanakan la tanggujAwab kita selagi mereka masih hidup... I will take care of my 'ayah' and my 'ibu'... insyaALLAH... ^^,

No comments:

Post a Comment