Wednesday 16 May 2012

Manusia Bukan Sebagai Tempat BERGANTUNG Tetapi BERSANDAR




alhamdulilah... bersyukur ke hadrat yang maha ESA kerana pada hari ini penulis dapat berkongsi dengan sahabat2 lagi... penulis tidak dapat berkongsi ilmu kebelakangan ini disebabkan kekangan waktu yang amat mencemburui penulis... hehehe.... tetapi pada kali ini, penulis ingin kembali berkonsi ilmu dengan sahabat2 semue tentang tajuk yang penulis telah nyatakan iaitu "Manusia Bukan Sebagai Tempat BERGANTUNG Tetapi BERSANDAR"...







apa yang sahabat2 faham dari tajuk penulis pada kali ini??? mungkin ramai di kalangan sahabat2 penulis acapkali terdengar ungkapan apabila si isteri kematian suaminya... maka, akan kedengaran la suara2 yang mengatakan bahawa "si isteri hilang tempat bergantung"... 




pada kali ini. penulis ingin memperbetulkan persepsi kita semua tentang ungkapan tersebut bahawa... mereka bukan la hilang tempat bergantung tetapi mereka hanya la hilang tempat bersandar... mesti sahabat2 tertanya2... apa perbezaan antara bergantung dan bersandar kn???



baiklah... penulis ingin membuat analogi ringkas tentang perbezaan antara BERGANTUNG dan BERSANDAR.... penulis ambil contoh yang amat2 ringkas supaya sahabat2 dapat memahami nye...
' apabila kita duduk di atas kerusi tanpa penyandar belakang, adakah kita tidak boleh menggunakan kerusi tersebut??? kerusi tersebut boleh digunakan lagi tetapi kita hanya tidak boleh bersandar dan tulang belakang kita mungkin akan sakit... itu la yang akan berlaku dalam kehidupan kita sekiranya si suami meninggalkan dunia.. si isteri masih boleh mencari rezeki tetapi tidak sekuat kudrat seorang lelaki.. maka, si isteri akan kuat berusaha untuk mencari rezeki membesarkan anak2... 



bagaimana pula dengan bergantung??? 'apabila kita ingin duduk tetapi kerusi tiada, adakah kita mampu duduk di atas kerusi???' mungkin bagi sahabat2 persoalan ini tidak logik... tetapi inilah yang di ibaratkan kebergantungan kita kepada ALLAH.. kerana tanpa ALLAH, kita tidak akan punya apa2.. kita tidak akan lari dari paksi sebenar...



semoga apa yang penulis cuba sampaikan dapat di ambil inputnya... oleh itu, mari la kita betulkan persepsi kita bahawa... Allah adalah satu2 nya tempat untuk kita bergantung, dan manusia hanya la sekadar tempat kita bersandar... sesungguhnya, Allah sentiasa bersama kita... ^^, 
salam ukhuwah dari penulis... 

No comments:

Post a Comment