Thursday 31 May 2012

Masalah??? Hadapi la ia!!!




ehem2.. dah jawab salam ke belum??? hehehehe... moh la bace apa yang penulis ingin sampaikan pada hari ini ea... perkongsian dari penulis yang masih dalam proses belajar mengenali dunia... ^^,



MASALAH??? siapa yang tiada masalah??? sahabat2 juga mesti mempunyai masalah yang tersendiri bukan?? tetapi bagaimana pula tanggapan kita terhadap masalah tersebut... kebanyakan daripada kita memandang masalah tersebut sebagai satu beban... dan cara yang paling mudah kita akan ambil pada detik dan ketika itu adalah lari dari menghadapi masalah tersebut... betul tak???



tapi pernah tak sahabat2 alami yang masalah tersebut tidak juga akan selesai walaupun kita jauh meninggalkan nya sejauh jarak Johor dengan Terengganu??? =.=' masalah tersebut tetap mengejar kita walaupun kita meninggalkan nya selaju kereta  F1??? =.=" malah masalah tersebut akan menjadi semakin besar sebesar tembok china?? =.="'






jadi jalan penyelesaian yang perlu kita lakukan adalah menghadapi masalah tersebut... walau sebesar mane pun masalah tersebut, pasti ada jalan penyelesaian nya... kerana Allah tidak akan menduga kita dengan sesuatu yang di luar kemampuan kita... Allah telah berfirman dalam:


   Surah Al-Baqarah : 286 [2:286]
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".



renung2kan la ea sahabat2 semue... tidak perlu lari dari masalah tetapi hadapi la masalah dengan cara yang bijak... setiap masalah pasti ada penyelesaian... setiap penyakit pasti ada ubatnya... tidak perlu takut kepada masalah lagi ea...  setiap yang berlaku pasti ada hikmah nya... think positive ea.. ^^,

No comments:

Post a Comment