Sunday 20 May 2012

Pantang Larang???




alhamdulilah... idea untuk berkongsi ilmu dengan sahabat2 datang lagi... idea ini datang sewaktu penulis melakukan salah satu pantang larang orang zaman2 dahulu... hehehe... =.=.. maka terbuka la hati untuk penulis memikirkan sejauh mana kebenaran pantang larang tersebut.. dan apakah kaitan nye dengan kehidupan kita...



mesti sahabat2 semue pernah mendengar pantang larang yang banyak 2 kan... tapi pada kali ini, penulis ingin kongsikan beberapa pantang larang yang kebiasaan mencucuk telinga kita dalam kehidupan seharian... ^^,






1. tak boleh potong kuku malam-malam nanti pendek umor... 

 >> rasionalnya, zaman dulu2 tak ada lampu yang terang benderang macam zaman sekarang... yang ada zaman dulu2 hanya lampu ayam je... maka nya, ditakuti akan terpotong daging sekali dan akan keluar la darah....


2. tak boleh biarkan tempayan beras kosong takut rezeki akan terputus...

>>> rasionalnya, supaya tuan rumah sentiasa menyediakan diri untuk menerima tetamu... tetamu merupakan insan yang perlu dimuliakan kn..


3. anak dara tak boleh menyanyi2 di dapur takut nanti kawin dengan orang tua...

>>> rasionalnya, supaya si anak dara tersebut tidak leka dengan masakan yang dimasak nya supaya tidak berlaku pembaziran...


4. tak boleh duduk atas bantal ditakuti akan timbul bisul...

>>> rasionalnya, bantal untuk kepala bukan untuk punggung... kalo kita duduk atas bantal, ini bermakan kita menyamakan taraf kepala kita dan punggong... sungguh la tidak beradab bukan???




5. tak boleh bermain atau keluar rumah waktu senja ditakuti akan disorok kan hantu....

>>> rasionalnya, semasa waktu itu pertukaran waktu antara siang dan malam... makanya, syaitan banyak berkeliaran...



ini adalah antara pantang larang yang amat meletop sehingga ke hari ini... walaubagaimanapun, ada banyak lagi sebenarnya... tapi penulis hanya ambil contoh2 yang amat2 berkait rapat dengan kehidupan kita ea... 



pada pandangan penulis, pantang larang tersebut hanya la berkisar dengan adat atau norma kehidupan orang dahulu2... selagi mana ia tidak bertentangan dengan islam dan syariat yang telah di tetapkan kita boleh melakukan nya... akan tetapi suka untuk penulis ingatkan sahabat2, JODOH, REZEKI dan AJAL semue nya telah ditetapkan... maka, kita tidak boleh la hidup hanya bersandarkan pantang larang tersebut seratus peratus tanpa tidak mengetengahkan hak2 islam...



penulis berharap, sahabat2 tidak perlu berburuk sangka atau memandang enteng terhadap pantang larang tersebut kerana sememangnya pantang larang tersebut mempunyai nilai2 adab kesopanan dan kesusilaan...  tetapi harus la di ingatkan bahawa, kita tidak perlu la terlalu taksub dengan alasan2 yang diberikan... kerana sememangnya perancangan ALLAH itu melebihi segala-galanya... ok...^^.

No comments:

Post a Comment