Wednesday 20 June 2012

Layakkah kita MENGHUKUM???



salam ukhuwah untuk semue sahabat2 penulis sekalian... semoga semue sahabat2 dalam keadaan yang sihat2 belaka ea... ^^,



pada hari ini,penulis ingin berkongsi sedikit pandangan tentang "adakah layak kita menghukum seseorang??".. menghukum seseorang yang melakukan kesalahan dengan cara kita meminggirkan insan yang melakukan kesalahan tersebut...



penulis tidak nafikan bahawa kita hendaklah berkawan dengan kawan yang baik supaya kita juga turut melakukan kebaikan... tetapi sedarkah sahabat2, tindakan kita yang hanya memilih kawan yang baik untuk berdampingan akan menyebabkan seseorang telah hanyut akan semakin hanyut dan hanyut... jadi siapa kah yang ingin persalahkan...



pengalaman mengajar penulis untuk tidak terus-terusan menghukum mereka-meraka yang pernah hanyut... bahkan, daripada mereka la kita boleh belajar sesuatu.. bukan semue yang membuat kesalahan itu adalah seorang yang jahat... cuma mereka hanya la tersalah pilih jalan.. jadi kita la yang sepatutnya membimbing mereka...







suka untuk penulis berkongsi cerita tentang luahan hati sahabat penulis yang pernah tersasar... walaubagaimanapun perasaan bersalah pada dirinya timbul secara tiba-tiba, tetapi dia mengatakan terpaksa membatalkan hasrat tersebut kerana dia merasakan insan-insan di sekeliling nye akan sentiasa memandang rendah terhadap nya walaupun dia cuba untuk berubah...



 ketika itu la timbul nye perasaan serba salah dalam diri penulis kerana kita sebagai manusia sebenarnya tidak layak menghukum seseorang... hidayah itu milik ALLAH bukan?? maka, salahkah bila seseorang yang nakal suatu ketika dahulu ingin berubah menjadi baik?? 



oleh sebab itu la, penulis mengingatkan kepada sahabat2 dan juga diri penulis sendiri supaya tidak cepat menghukum seseorang hanya kerana kesalahan yang dilakukan suatu ketika dahulu... akhir kata dari penulis, lihat la pengakhiran kehidupan seseorang bukan permulaan kehidupan nye... renung-renungkan la..^^,

No comments:

Post a Comment