Sunday 15 July 2012

Amanah???




alhamdulilah... penulis dapat lagi bersama sahabat semue... kesihatan sahabat2 semue macam mana??? semakin menghampiri ramadhan ini, sama2 la kita menjaga kesihatan supaya dapat melakukan ibadah dengan lebih baik dari ramadhan lepas dan cuba mencari kemanisan ramadhan itu sendiri... 



apa ea yang penulis ingin kongsi kan kali ini??? baiklah... setiap orang pasti ada masalah bukan??? dan kadangkala, masalah tersebut nak atau tidak kadangkala kita mesti menceritakan masalah tersebut kepada orang2 yang kita percayai supaya dapat diselesaikan bersama.. dan semestinya amat pedih jikalau masalah yang diharapkan dapat kekal menjadi rahsia menjadi buah mulut orang ramai...
di mana silap nya ea??? mungkin silap dalam memilih insan2 yang dipercayai atau kita harus simpan sahaja masalah itu sorang2...penulis sendiri masih keliru... (o.O)



tapi apa yang penulis dapat katakan adalah insan2 yang dipercayai menyimpan masalah haruslah bertindak amanah... di mana sebenarnya mereka tidak perlu la menjaja atau membuka aib orang lain... mereka haruslah bijak mengasingkan perkara yang patut dibualkan dan perkara yang dielakkan untuk berbual.. dan kepada mereka yang mempunyai masalah, adalah lebih baik mencari penyelesaian sendiri sekiranya insan2 yang dipercayai mengkhianati janji mereka.. tetapi bukan semue masalah boleh diselesaikan sendiri bukan??? maka, berbalik la semula kepada pencipta kita kerana  DIA mengetahui segala-galanya...




dan terakhir sekali... hormati hak orang lain terutama barang2 peribadi orang lain seperti telefon bimbit atau komputer bimbit (laptop)...jangan la membuka perkara2 yang terlalu peribadi bagi orang lain.. contohnya mesej atau gambar2 mereka melainkan jika mendapat kebenaran... fikirkan la perasaan mereka sekiranya kita berada di tempat mereka... tak perlu menunding jari kepada orang lain bahkan fikir2kan la... bukan semue benda sesuai untuk dikongsikan... mungkin ramai yang terlepas pandang, tetapi di sini lah sebenarnya amanah kita sering diuji... ingatan untuk diri sendiri juga... ^^,


Allah s.w.t berfirman:“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui. (Al Anfaal : 27)

2 comments:

  1. love this much. epa, i miss you. dah lame ko tak update blog eak rasenye ? bizi ea skrg :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks dear...
      sekadar meluahkan pendapat di malam hari... ^^,
      i miss you too... <3
      bnyk subjek sem nie la...=)
      2 y x da masa sgt...
      lgpun line internet nye pun ssah nk dpt... (o.O)

      Delete