Monday 30 July 2012

Rumah Puteri Harapan...





bismillah... apa khabar ramadhan sahabat2 hari ini??? jangan lupe ea puasa itu bukan menahan diri dari makan dan minum je tapi menahan nafsu sekali ea... tak kira la nafsu dari segi ape sekalipun terutamanya bila nak beli makanan untuk berbuka... jangan ikut nafsu sangat ea... ^^,



ok la.. alhamdulilah... semalam penulis dan sahabat2 penulis yang lain dapat bersama2 meluangkan masa dengan adik-adik di rumah Puteri Harapan... mesti sahabat2 semue tertanya, Puteri Harapan tu rumah ape pula kan... sabar la ea.. nak bgitahu la nie... hehehe.... Rumah Puteri Harapan itu adalah salah satu rumah anak2 yatim yang terdapat di negeri Kelantan...



dan apa yang penulis ingin kongsikan di sini adalah pengalaman penulis sendiri berada di rumah anak2 yatim tersebut.. pada mulanya agak kekok jugak la untuk mendekati mereka tetapi akhirnya penulis berjaya menyelami hati seorang adik di situ... =).. entah ape yang menyebabkan mulut nie ringan sangat untuk bertanya masalah adik tersebut...






dan apa yang memeranjatkan penulis adalah perjalanan kehidupan adik tersebut... penulis tergamam mendengar kisah hidup adik tersebut... banyak dugaan yang adik tersebut terpaksa harungi... apa yang paling meruntun jiwa adalah kasih adik tersebut kepada ibu nya yang tak pernah luntur walaupun ibu nya meninggalkan dia... (O.o)



mungkin ada yang beranggapan bahawa ibu mesti la menjaga anak nya walau pun apa keadaan sekalipun bukan??? tetapi fahamilah sahabat2 semue, bahawa setiap perkara yang berlaku ada hikmah... mungkin ibunya ada sebab yang tersendiri mengapa ibunya melakukan sebegitu... kita hidup tidak perlu lah terlalu prejudis terhadap sesuatu... cuba la kita letakkan diri kita di tempat ibu adik tersebut... pasti kita akan temui  apa sebab ibu adik tersebut melakukan sedemikian rupa... Allah itu Maha Mengetahui... :') 



apa yang penulis mampu lakukan hanya berdoa supaya adik tersebut tabah dan dapat bertemu ibunya semula.. mungkin jika penulis imbas balik apa yang diceritakan oleh adik tersebut kelihatan sebagai sebuah drama, tapi hakikat nya itu lah realiti yang berlaku pada adik tersebut... dan pada ketika itu la, terdetik di hati penulis untuk sentiasa bersyukur pada setiap nikmat yang Allah berikan kepada kita terutamanya IBUBAPA... mereka tiada pengganti... 



dan apa yang penulis dapat simpulkan adalah kasih sayang seorang anak kepada IBUBAPA nya walau sejahat mana pun mereka... setiap orang pasti melakukan kesilapan... IBUBAPA juga adalah insan biasa... 



semakin banyak pengalaman yang kita perolehi, semakin matang kita dalam menilai sesuatu... mungkin pengalaman itu bukan milik kita tetapi ia tetap sebuah pengalaman... ^^,

No comments:

Post a Comment