Wednesday 5 June 2013

Perancangan Allah



alhamdulilah... setelah sekian lama blog ini terbiar sepi disebabkan kehilangan ingatan penulis bagi password blog ini, akhirnya berjaya juga setelah meneka beberapa kali... hehe... *nampak tak usaha yang banyak kali akan membuahkan hasil juga...  :D


banyak sangat penulis nak cerita... al maklum la time cuti ni kan.. tapi dah nak berakhir dah cuti penulis.. tinggal beberapa hari lagi je.. huhu... tapi penulis berpuas hati sebab banyak dah penulis belajar masa cuti ni...


perancangan penulis untuk berkerja sepanjang cuti semester ini digantikan dengan sesuatu pengalaman yang mungkin penulis sendiri pun tak sangka... penulis yakin bahawa perancangan Allah tu lebih hebat dari hambaNya.. 


mungkin korag tertanya kan ape yang penulis buat sepanjang cuti nie... penulis menjadi babysister bagi seorang bayi berusia 10 bulan pada ketika itu...


menguruskan seorang bayi amat amat memerlukan kesabaran yang tinggi... sebab bayi ni hanya akan menangis apabila dia tak selesa atau lapar atau mengantuk... kita tak boleh nak marah-marah kalau bayi tu nangis sebab bayi tu tak kan pernah faham malah akan menyebabkan bayi tu mengamuk lagi teruk... hahaha... :P


penulis yang pada mulanya kekok untuk menguruskan bayi sentiasa meminta bantuan dari ibu penulis sebab penulis mana ada pengalaman2 menjaga bayi ni kan.. maklum la, penulis nie masih muda lagi.. hehe.. :) 


walaubagaimanapun, perasaan kekok itu berubah menjadi keseronokan dan dah diangap seperti anak penulis sendiri setelah hampir dua bulan menjaga bayi tersebut.. :) dan mungkin akan menjadi kesedihan tak lama lagi sebab penulis dah nak balik universiti penulis... :'(


mungkin gaji menjadi babysister tak selumayan kerja2 yang lain.. tapi sekurangnya pengalaman yang penulis perolehi sepanjang menjaga bayi tersebut  banyak mematangkan penulis itu sendiri..bagi pendapat penulis, pengalaman sesuatu perkara tidak akan dapat dibayar melalui wang ringgit dan ia perlu la dilalui oleh diri sendiri... 


selain itu, kerja sampingan penulis sepanjang cuti ini adalah menjadi driver bertauliah untuk adik-adik yang bersekolah dan untuk abang dan ayah yang bekerja jika waktu hujan... sambil2 tu boleh la belajar memantapkan pemanduan penulis yang baru je dapat lesen 'P' setahun yang lalu kan.. haha... :) dan sepanjang pemanduan itu, macam2 benda yang penulis belajar dari pengguna2 jalan raya yang lain.. 


akhir kata penulis, walaupun bagaimanapun kita hebat merancang tetapi perancangan Allah itu lebih sempurna... terima kasih, Ya Allah... :)



Nurfaizah & Nur Farhah Aliyah...
i will miss both of you.. :'(


No comments:

Post a Comment