Sahabat...

Alhamdulilah... dapat kita bersua kembali walaupun hanya melalui pena ku.. pada hari ini, penulis nk share something dengan sahabat2 semua... nak tau tak apa yang penulis nk share??? kalo nak, kalian semue bolay la meneruskan perjuangan untuk membaca nye sampai ke akhirnye ea.. hehehe... ok la... tanpa membuang masa penulis menjadi 'straight to the point' je la ea...
kalian semua mesti tertanya2 kn apa sebenarnye yang cuba penulis sampaikan berkaitan dengan sahabat.. ok2.. penulis sebenarnye nak kongsikan apakah ADAB DENGAN SAHABAT ketika kita semue menjalinkan persahabatan... sahabat merupakan insan yang paling dekat dengan diri kita terutamanya bagi seseorang yang bergelar pelajar... seperti kalian semua la kn...sahabat juga merupakan kayu ukur bagi diri kita... oleh itu, kita semue hendaklah berhati-hati semasa memilih sahabat...
adab-adab yang perlu seorang sahabat lakukan kepada sahabat yang lain adalah:
:::kita hendaklah menziarahi mereka sekiranya sahabat kita ditimpa musibah dan sentiase mendoakan kesembuhan bagi dirinya..
:::kita hendaklah sentiasa menolong dan membantunya terutamanye dalam menghadapi saat2 gentir..
:::janganlah menyakiti atau membuat sesuatu yang tidak disukainya, apatah lagi melakukan kekerasan sesama insan kerana ISLAM amat melarang keras perbuatan tersebut..
:::kita hendaklah menghormati dan tidak membangga diri terhadap dirinya...
:::kita tidak boleh meninggalkan atau memulaukannya lebih dari tiga hari kerana ia diibaratkan seperti memutuskan ikatan silaturahim dan perbuatan tersebut amat la dibenci oleh ALLAH...
:::kita tidak boleh mengkhianati dan memperkecil-kecilkan kebolehannya serta membuka aibnya apabila dia telah meninggal dunie kerana ini boleh menjejaskan kehormatannya...
:::kita hendaklah memuliakan sahabat yang lebih tua dan mengasihi sahabat yang lebih kecil dari kita...
::: sekiranya sahabat kita melakukan kebaikan, berilah ganjaran yang setimpal. sekurang-kurangnya ucapan terima kasih atau mendoakan kebahagian untuknya...
::: kita hendaklah sentiasa memaafkan sahabat jika dia melakukan kesilapan kerana nobody perfect right??
itulah sahaja yang penulis ingin kongsikan tuk sahabat2... semoga sahabat2 sekalian dapat mengeratkan ukhuwah yang terbina atas izin ALLAH... sama-sama la kita amalkan nya ea.. ^^,
No comments:
Post a Comment