Sunday, 15 April 2012

siapa kah JODOH kita???




apa khabar sahabt2 penulis sekalian??? semoga semua nye dalam keadaan sihat-sihat belaka la ea... pada kali ini, penulis akan mengupas tentang JODOH... dan semestinya apabila perkataan JODOH ini di perkatakan semua insan di muka bumi mula melukiskan gambaran tentang JODOH masing-masing kan... ada yang nak JODOH nya seorang yang cantik.. ada yang nak JODOH nya seorang yang beragama... ada yang nak JODOH nya seorang yang baik hati... dan tak ketinggalan ada juga yang mengimpikan JODOH nya seorang yang kaya.. walaubagaimanapun, adakah kita akan memperolehi JODOH seperti yang kita gambarkan tersebut...



JODOH adalah RAHSIA sahabat2 ku... kita hanya mampu berdoa... tetapi segalanya terletak pada YANG MAHA ESA.... ALLAH itu maha ADIL.. ALLAH mengetahui segala-galanya untuk kita.. kita tak perlu risau tentang kekurangan JODOH kita kerana setiap insan di muka bumi pasti ada kelemahan dan kelebihan.. tetapi kenapa kita hanya mampu melihat dari aspek kelemahan nya sahaja... maka sahabat2 ku, jangan la kalian semue khuatir + risau + rungsing + bingung  memikirkan tentang JODOH kalian semua ea...semua nye telah diatur dengan sempurna oleh ALLAH.. ^^



ingin penulis kongsikan disini adalah bahagian-bahagian JODOH terbahagi kepada tiga:::

 
"JODOH daripada SYAITAN"
~ si lelaki dan si perempuan bertemu sehingga terjadi nya maksiat dan pengakhirannya membawa kepada pernikahan~


"JODOH daripada JIN"
~si lelaki meminati si perempuan, tetapi si perempuan tidak menyukai si lelaki.. walaubagaimanapun, si lelaki menggunakan sihir sehingga si perempuan akhirnye bernikah dengan si lelaki~


"JODOH daripada ALLAH"
~si lelaki bertemu si perempuan sehingga menimbulkan sesuatu perasaan yang amat menusuk kalbu.. lalu, si lelaki pun meminang si perempuan dan akhirnya mereka pun bernikah~


<mood selepas melihat filem SYURGA CINTA>



sahabat2 ku sekalian, yang mana satu kah yang menjadi pilihan sahabat2...renung2kan la sahabat2 ku.. "Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan sebaliknya"... maka, untuk mendapatkan JODOH yang baik, kita semue mestilah menjadi seorang yang baik dulu.. ayuh kita lakukan perubahan... ^^.

No comments:

Post a Comment